Pages

Wednesday, December 18, 2013

CIRI-CIRI SKIM PERSARAAN SWASTA / PRIVATE RETIREMENT SCHEME (PRS)


Caruman (contribution)

Persendirian

Mana-mana individu yang telah mencapai umur 18 tahun pada tarikh pembukaan akaun pencen swasta boleh mencarum ke dalam mana-mana dana di bawah PRS. PRS ditawarkan kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia. Caruman kepada dana di bawah PRS akan diselenggarakan dalam dua sub-akaun yang berasingan oleh Penyedia PRS seperti berikut:


  • 70% di Sub-akaun A, di mana pengeluaran pra-persaraan tidak boleh dibuat; dan
  • 30% di Sub-akaun B, pengeluaran pra-persaraan dibenarkan, namun ianya tertakluk kepada cukai penalti 8% ke atas setiap jumlah pengeluaran.
Individu yang mempunyai pilihan sama ada untuk mencarum kepada lebih daripada satu dana di bawah Skim PRS atau mencarum kepada lebih daripada satu Skim PRS, yang ditawarkan oleh Penyedia PRS yang berbeza. Memandangkan PRS adalah skim sukarela, PRS tidak ada sebarang had pada jumlah caruman atau jangka masa untuk membuat sebarang caruman. Setiap individu boleh mencarum sebanyak dan sekerap mana yang disukai, malahan caruman secara konsisten sangat digalakkan bagi mencapai matlamat persaraan yang diinginkan.

 

Pengecualian Cukai – Persendirian

Pengecualian cukai dikenakan ke atas caruman kasar, termasuk caj pendahuluan.
Sebagai contoh, jika seseorang melabur sebanyak RM3,000 dengan Penyedia PRS dan RM10 ditolak untuk membiaya yuran pembukaan akaun, manakala RM50 lagi ditolak untuk caj jualan, pengecualian cukai adalah tetap dikira atas RM3,000, dan bukannya RM2,940.
Pengecualian cukai sehingga RM3,000 setahun akan dikenakan ke atas pendapatan boleh cukai, untuk caruman individu untuk 10 tahun pertama dari tahun taksiran 2012. Mereka boleh menuntut pengecualian cukai PRS di dalam Borang BE di bawah Seksyen F-F18 Borang BE. Borang tersebut boleh didapati melalui laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)www.hasil.gov.my. Penyata tahunan untuk menyokong tuntutan bagi pengecualian cukai boleh diperoleh daripada Penyedia PRS sebagai bukti pelaburan yang dibuat pada tahun taksiran.

 

Majikan

Jika mana-mana majikan bersetuju membuat caruman dalam skim PRS untuk pekerja mereka, mereka boleh berhubung dengan satu atau lebih Penyedia PRS pilihan mereka. Jumlah dan kekerapan caruman ditentukan oleh majikan manakala pekerja akan memilih sendiri jenis dana PRS yang mereka mahukan. Jika tiada pilihan dibuat, caruman majikan akan disalurkan terus ke dana pilihan yang ditetapkan (default option) yang disediakan Penyedia PRS tersebut.

 

Pengecualian Cukai – Majikan

Majikan yang mencarum kepada PRS bagi pihak pekerja mereka layak untuk mendapat potongan cukai melebihi kadar berkanun untuk caruman KWSP, iaitu sehingga 19%. Sila ambil perhatian bahawa pelepasan cukai majikan hanya sah ke atas syarikat itu sebagai satu entiti sahaja.

No comments:

Post a Comment